Monday, December 23, 2013

Guest what ??

comel kan kami.:) itu keasih saya ..

 Cuba teka kitorang bahagia ke tak ?? kenapa aku cakap macam tu/? bukan apa.. kitorang happy biasalah.. tapi hakikatnya.., jauh di sudut dasarnya., kitorang selalu bergaduh :( sayang kan ? iiisshh aku malas lah nak story tkde mood pulak :( oklah bye .. thank yaw ^^

Goodnigth sweetdream sayang mmuahh ! :*

Friday, September 6, 2013

"Sesuatu yang tertinggal :')


Awak, saya terjumpa blog awak tadi.. saya bace semua yang awak post.Saya sedih sebab dalam "masa kita" ada orang lain yang awak sayang..  LEBIH.. nampak sangat awak terlalu sayang dekat die.. :'") . Tapi nak buat macam mana.. saya tahu saya ni "budak" je.. kalaulah saya tua daripada awak.. hmm 

Sakit hati! sebenarnya.. Ayat-ii awak .. sangat menunujukkan yang awak sayang pada die.. habis, saya ni macam mana? saya kenal awak dah 3 tahun.. 3 tahun saya rase dekat dengan awak.. tapi bile tahu awak ada hati dengan orang lain, boleh awak bayangkan perasaan saya ?? hancur berkecai.. 

Baru 4 kali je awak jumpe die, tapi erggghhh !!!! saya ni yang selalu ada dengan awak. Bukannya die !. 1 MAC 2013.. tarikh yang masih baru bagi aku.. 

Now, awak saya punye.. saya tak suke perkara sama berulang.. awak ada hati yang perlu awak jaga, begitu jugak saya.. 

*Hope Awak Faham Sayang* :'')

Thursday, July 18, 2013

Panggilan yang tak diduga

Tengah makan tadi waktu berbuka, adik dia call. Adik dia bagitahu yang nenek dah takde, :'( kesian awak,, awak menangis. Saya tahu saya tak boleh pujuk awak waktu tu.. Awak fikir apa yang adik awak cakap tu main-ii, gurauan. Saya tahu awak sedih sangat.. saya pun sebak tengok keadaan awak sebenarnya, lagi tersentuh sebab sebelum adik awak call, kan awak ada cakap pasal nenek? :'') hmm kesian awak~ Saya suruh awak balik , Mula-ii awak taknak balik sebab awak kata ada banyak assignment kene buat. Tapi akhirnya awak balik jugak rumah.. Alhamdulillah selamat sampai.. Awak, sebenarnya saya nak pergi ziarah, tapi bila fikirkan pasal ayah awak, saya takut :( .. Takpelah, saya harap awak kuatkan semangat, tabahkan hati, ingat Allah, Terima perlahan-lahan pemergian nenek awak ke rahmatullah.. Alfaatihah~ 

semoga rohnya mendapat rahmat Allah S.W.T

Saturday, July 13, 2013

Rabiatul Adawiah


                
Seorang insan yang aku harapkan menjadi permaisuri hidupku. Wajahnya manis, mempunyai sepasang mata yang cantik dan besar, orangnya tak berapa tinggi, kulitnya halus, senyumannya membuatkan sesiapa sahaja yang memandangnya akan jatuh hati padanya. Itulah dia Rabiatul Adawiah kekasih hati aku. Aku mula tertarik dengan matanya yang cantik dan besar. Sesiapa yang melihat, pasti akan memuji matanya. Aku mengaku aku telah jatuh hati padanya. Aku ingin sekali mendekati kau untuk berkenalan dengan lebih rapat. Tetapi aku malu. Aku takut. Aku biarkan perasaan aku menyakiti hatiku. Setelah tamat kem yang berjalan selama 2 hari 1 malam tersebut, kami pun bersurai pulang ke rumah masing-masing. Pada waktu itu aku terasa menyesal sekali tak berkesempatan untuk mengenali insan yang pada aku boleh memberikan kasih sayang kepada aku. Sejak daripada itu, aku selalu memikirkan tentang dia. Pada kesokan harinya selepas pulang dari sekolah, aku melihat telefon bimbitku. Terdapat mesej daripada nombor yang tidak aku kenali. " ,Syaz ? ". Aku baca dengan penuh kehairanan. Firasat aku mengatakan mesej itu dariapada Rabiatul Adawiah. Akhirnya aku betul tak sangka bahawa mesej itu betul-betul daripada dia. Tak dapat nak gambarkan perasaan aku pada waktu tu. Aku terasa amat gembira :) .Pada waktu itu, aku masih bersekolah dalam tingkatan 4. Dan dia dalam tingkatan 5. Alhamdulillah bersyukur kepada allah sehinnga kini aku masih berhubung dengannya, aku masih bersamanya. Aku kini berusia 18 tahun, melanjutkan pelajaran di Cybernetics International College of Technology bersamanya. Kupohon restu ayah serta ibu semoga berkekalan hubungan kami. Ya ALLAH.. jodohkanlah aku dengannya. Engkau kuatkanlah iman kami. Restuilah hubungan kami sehinngga ke hujung nyawa, Amiin Ya Rabbal'alamiin.

MASJID K.L.I.A.

 Tempat pertama dimana aku berjumpa dengannya dalam sebuah kem yang dianjurkan oleh Exact Training Consultant.