
Seorang insan yang aku harapkan menjadi permaisuri hidupku. Wajahnya manis, mempunyai sepasang mata yang cantik dan besar, orangnya tak berapa tinggi, kulitnya halus, senyumannya membuatkan sesiapa sahaja yang memandangnya akan jatuh hati padanya. Itulah dia Rabiatul Adawiah kekasih hati aku. Aku mula tertarik dengan matanya yang cantik dan besar. Sesiapa yang melihat, pasti akan memuji matanya. Aku mengaku aku telah jatuh hati padanya. Aku ingin sekali mendekati kau untuk berkenalan dengan lebih rapat. Tetapi aku malu. Aku takut. Aku biarkan perasaan aku menyakiti hatiku. Setelah tamat kem yang berjalan selama 2 hari 1 malam tersebut, kami pun bersurai pulang ke rumah masing-masing. Pada waktu itu aku terasa menyesal sekali tak berkesempatan untuk mengenali insan yang pada aku boleh memberikan kasih sayang kepada aku. Sejak daripada itu, aku selalu memikirkan tentang dia. Pada kesokan harinya selepas pulang dari sekolah, aku melihat telefon bimbitku. Terdapat mesej daripada nombor yang tidak aku kenali. " ,Syaz ? ". Aku baca dengan penuh kehairanan. Firasat aku mengatakan mesej itu dariapada Rabiatul Adawiah. Akhirnya aku betul tak sangka bahawa mesej itu betul-betul daripada dia. Tak dapat nak gambarkan perasaan aku pada waktu tu. Aku terasa amat gembira :) .Pada waktu itu, aku masih bersekolah dalam tingkatan 4. Dan dia dalam tingkatan 5. Alhamdulillah bersyukur kepada allah sehinnga kini aku masih berhubung dengannya, aku masih bersamanya. Aku kini berusia 18 tahun, melanjutkan pelajaran di Cybernetics International College of Technology bersamanya. Kupohon restu ayah serta ibu semoga berkekalan hubungan kami. Ya ALLAH.. jodohkanlah aku dengannya. Engkau kuatkanlah iman kami. Restuilah hubungan kami sehinngga ke hujung nyawa, Amiin Ya Rabbal'alamiin.
MASJID K.L.I.A.
Tempat pertama dimana aku berjumpa dengannya dalam sebuah kem yang dianjurkan oleh Exact Training Consultant.
No comments:
Post a Comment